Friday, May 29

PIC Di Jakarta, Indonesia


Alhamdulillah, pada 21 dan 22 Mei 2009 yang lalu,telah diadakan Program di Taman Mini Desa Wisata ,Jakarta Indonesia. Kami bertolak dari Penang International Airport pada jam 9 30 malam waktu Malaysia dan kami sampai pada jam 10 30 malam di Seokarno Airport .Kami disambut dengan staf-staf HPA antarannya En Radzi, En Fisal,Pak Yuliadi dan team dari Indonesia.

Kami terus bergegas ke Acasia Hotel.Pada keesokannya, kami bergerak ke tempat program.Allahuakbar.......!!!!.......Itulah laungan 800 orang peserta apabila Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD,Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad masuk ke dalam dewan program.

Pada hari kedua, Majlis Perasmian Produk Spirumadu Kids diadakan dengan jayanya.Semoga HPA akan berkembang di Negara Indonesia,amin.

Sunday, May 17

Peningkatan Bilangan Peserta KPJ Melaka

Alhamdulillah, pada 13 Mei 2009 yang lalu,telah diadakan Kuliah Perubatan JAWI di negeri Melaka.Kuliah ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries SDN BHD, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

Pada bulan ini,peningkatan bilangan peserta KPJ bertambah berbanding pada bulan yang sebelumnya.Program ini diadakan di Dewan Putra Ballroom, Hotel MITC Melaka yang memuatkan 400 peserta.Tetapi,sehingga jam 9.30 malam,ada lagi peserta yang berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.

Dewan mencecah hampir 550 orang pada jam 10.00 malam.Program tamat jam 11 30 malam dan Insya ALLAH, HPA akan membuka Radix Fried Chicken (RFC) di Mydin MALL dalam masa terdekat pada tahun ini juga.

Monday, May 4

Program Terkini Pengarah Urusan HPA

1-Ceramah Usahawan Wanita -(SUDAH SELESAI)
-Cabaran Dalam Perniagaan
Pada :- 5 Mei 2009
Tempat:- SP INN

2-Perasmian Cawangan ARAU-(SUDAH SELESAI)
Pada 9 Mei 2009
Tempat :-Jalan Guar Sanji (Berhadapan Bangunan Pejabat LPP)

3.Sijil Herbalis HPA -(SUDAH BERMULA)
Pada 11-31 Mei 2009

4-KPJ MELAKA -(SUDAH SELESAI)
Pada 13 Mei 2009
Tempat :-Hotel MITC MELAKA

5.Perasmian KIOSK HPA -(SUDAH BEROPERASI)
Pada 14 Mei 2009
Tempat :-Masjid Kawasan Ulu Selangor

6.KPJ Sg Petani-(SUDAH SELESAI)
Pada 25 Mei 2009
Tempat:-Cawangan Sg Petani
Jam :-9 malam

7.Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC)-(SUDAH SELESAI)
Pada 21 dan 22 Mei 2009
Tempat :-Jakarta,Indonesia.

#PROGRAM AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA