Wednesday, June 24

Pejabat Pengarah Urusan

Jika anda ada permasalahan, boleh menghubungi kami di :-,

TEL :- 04 448 3716
FAKS :- 04 448 3717

EMAIL :- suhaib_alrumi@yahoo.com
riz_ie@yahoo.com

Festival Kedah Sejahtera 2009

Festival ini bertujuan untuk memperkasakan Kedah Sejahtera di bawah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang di pimpin oleh YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Festival ini diadakan pada 22- 28 Julai 2009 di Padang Awam, Bandar Laguna Merbok, Sg Petani, Kedah.(BERHAMPIRAN RADIX FRIED CHICKEN).

Untuk tempahan booth pameran dan jualan hubungi
-Sekreteriat Festival Kedah Sejahtera
04 735 5169

Friday, June 19

Perniagaan HPA Yang Sudah Beroperasi

Radix Fried Chicken, Bandar Laguna Merbok.
El Zahraa Inn,Legenda Heights.
Cawangan HPA, Bandar Laguna Merbok.

Ke Makassar, Indonesia.

Selepas solat subuh, saya sudah bersiap siap untuk ke negara di seberang sana iaitu Indonesia.Program PIC kali ini di buat di Makassar, Indonesia.Program ini dibuat pada 21 dan 22 Jun 2009.

Kepada semua staf HPA, berdoalah agar kita akan berkembang di pelusuk Indonesia dan agar kami sampai dengan selamatnya, Insya Allah.

"PRODUK HALAL TANGUNGJAWAB BERSAMA"

Thursday, June 18

Kopi Tiruan Lagi !


Pihak HPA INDUSTRIES SDN BHD telah menegaskan bahawa "MASTER RADIX" bukan keluaran syarikat kami.Perkataan "RADIX" telah pun di TRADEMARK oleh HPA INDUSTRIES SDN BHD.

AMARAN !! Kepada sesiapa yang memiliki Kopi ini boleh di dakwa di mahkamah.

Jika anda terlihat kopi jenis ini di tempat anda boleh menghubungi saya di talian
-En Muhamad Hariz 019 574 9717-
-En Suhairi Ismail 013 423 9717


Saturday, June 13

25 Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6- Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia- siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Pegangan Al Quran dan As Sunnah

Kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.Kita patut bersyukur kerana telah dilahirkan dengan pegangan agama yang telah jelas digambarkan dalam Al Quran iaitu Islam.

Hidup ini akan berada di atas jalan yang lurus apabila kita memegang satu pegangan yang tidak akan di pisahkan dengan panduan hidup kita iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Hidup akan berjaya didunia dan diakhirat jika kita mengamalkan setiap hari dengan hati yang ikhlas. Selain itu,.janganlah kita lupa mengikut ciri- ciri keperibadian Rasulullah S.A.W.

Kesimpulannya,tanamkan sifat cintakan Al Quran, As Sunnah dan Rasulullah S.A.W.nescaya kita tidak akan rugi hidup di dunia ini dan kita dapat melahirkan manusia yang cerdik pandai dalam agama Allah ini,Insya Allah.

Friday, June 12

Mengumpat dan Memfitnah Membawa Kemurkaan Allah

# Maksud :
Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

#- Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi
= ingin melihat orang lain menderita
= takut persaingan hidup
= tidak mahu mengakui kelebihan orang lain

#- Akibat dari perbuatan fitnah :
= berlaku permusuhan dan huru hara
= masyarakat islam akan sentiasa mundur
= putus silaturrahim dan menghalang perpaduan

#- Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah :
= Redha dengan ketentuan Allah
= Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim
= Sentiasa melakukan muhasabah dirimeningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh.

Thursday, June 11

Perasmian RFC di Bandar Laguna Merbok


Alhamdulillah,RFC di Bandar Laguna Merbok hampir siap 100 % dan Hotel El Zahraa Inn juga hampir siap 100 % sepenuhnya.Pada waktu malam semalam,mereka telah membuka lampu signboard yang tertera perkataan Radix Fried Chicken,"Fresh-Halal-Organic" yang terletak di atas bumbung Pasar Moden tersebut.Subhanallah,cantik sungguh suasana permandangan RFC tersebut.

Ramai orang tertanya -tanya,"bila nak buka?"Itulah persoalannya sekarang, kepada ahli- ahli HPA dan penduduk di Bandar Laguna Merbok, bersabarlah untuk menyaksikan perasmian pembukaan RFC tersebut.Hanya beberapa hari sahaja lagi yang tinggal.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar HPA akan menguasai ekonomi ummah di dunia.

Wednesday, June 3

Program Terkini Pengarah Urusan

1-KPJ Kluang-(SUDAH SELESAI)
2 Jun 2009-Dewan Nurudden Fahmy

2-Perasmian Gudang HPA Zon Selatan-(SUDAH SELESAI)
3 Jun 2009-Jalan Mersing

3-KPJ Kuantan -(SUDAH SELESAI)
7 Jun 2009

4-KPJ Langkawi -(SUDAH SELESAI)
11 Jun 2009

5-KPJ Kota Bharu-Kelantan -(SUDAH SELESAI)
15 Jun 2009

6-KPJ Terengganu -(SUDAH SELESAI)
16 Jun 2009

7-PIC Makassar
20-21 Jun 2009


#PROGRAM AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA