Wednesday, April 15

Tuesday, April 14

Kuliah Perubatan JAWI di INTIM,IPOH.



Saya, En Suhairi, En Hashim dan Tn Hj Ismail bertolak dari Sungai Petani jam 4.20 petang.Kami singgah sebentar di Perhentian Tol Sg Dua untuk solat asar.Selepas itu, kami terus bertolak ke IPOH, destinasi yang hendak dituju.Kami singgah di Cawangan HPA IPOH jam 7.15 malam untuk menunaikan solat maghrib.

Kami tiba di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM),Ipoh, Perak pada jam 9.20 malam diiringi hujan renyai.Sebelum itu, En Jafri Abu Bakar telah membuka tirai program ini dengan membakar semangat ahli HPA yang hadir.

Lebih 200 orang yang hadir di program ini.

Program ini tamat pada jam 11.20 malam dan kami terus pulang ke Sungai Petani.

Monday, April 13

Makan Malam Bersama Tn Gr Ustaz Haji Abdul Hadi Awang di RFC



Selepas sahaja habis kuliah maghrib yang di berikan oleh Tn Gr di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok, kami bergegas ke Homestay HPA yang terletak disitu juga dan Tn Gr berehat seketika disitu selama setengah jam.

Dalam masa yang sama, Pengarah Urusan HPA Industries ke Radix Fried Chicken (RFC) untuk menyambut ketibaan Tn Gr. Tn Gr sampai di RFC pada jam 10.10 malam.

Selepas itu, Tn Gr ke tempat ceramah di Taman Ria Jaya dan terus ke Bukit Gantang.

Program Terkini Pengarah Urusan

15 April 2009 -Kuliah Perubatan JAWI di Kelantan
-New Pacific Hotel

16 April 2009-Kuliah Perubatan JAWI di Terengganu
-Kuala Ibai, Kuala Terengganu

20 April 2009-Groom Big: Gedung Auditorium BPPT Jalan Tamrin, Jakarta Pusat,Indonesia

Makan Tengahari Bersama Dato Seri Ustaz Azizan Razak-MB Kedah di ROC


Alhamdulillah,pada 5 April 2009, HPA Industries telah menerima beberapa orang tetamu jemputan makan tengahari di Radix Oriental Cuisine (ROC).
Pada awalnya, tetamu yang hadir adalah Tn Gr Ustaz Hj Abdul Hadi Awang dan isteri,YB Mahfuz Omar,Ustaz Fakhruzzaman dan Ustaz Md Nor Zakaria. Tn Gr tidak sempat berjumpa dengan YB MB Kedah kerana selepas Tn Gr makan, terus ke Muassasah Darul Ulum untuk berjumpa dengan anaknya.
Selepas itu, diiringi oleh Pengarah Urusan HPA Industries dan YB MB Kedah hadir ke ROC.Alhamdulillah,majlis ini tamat jam 3 petang.