Friday, August 28

Ramadhan Al Mubarak

Kepada Semua Ahli HPA,

Hayati bulan Ramadhan pada tahun ini dengan banyak membuat amalan membaca AL QURAN, amal kebajikan,berzikir kepada ALLAH, berselawat kepada RASULULLAH kerana diawalnya Rahmah,pertengahannya Maghrifah dan akhirnya Perlepasan Dari Neraka.

Insya ALLAH.

Himpunan Hadis -1

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Syafaat rasulullah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”

Riwayat Abu Daud


Huraian
1. Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.
2. Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
3. Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.
4. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

Pengarah Urusan di Mekah

Tn Hj Ismail bin Ahmad sekarang berada di Mekah menunaikan umrah di bulan Ramadhan.Insya Allah, beliau akan pulang ke Malaysia pada 31 Ogos 2009 ini.

Kuliah Ramadhan Kedah FM

Kepada semua ahli HPA,

Jangan lupa mengikuti Kuliah Ramadhan Kedah FM di frekuensi 97.5 dengan kerjasama HPA INDUSTRIES SDN BHD, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Kolej Universiti Insaniah.Kuliah ini akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan pada hari Ahad hinggga Khamis jam 1.45 hingga 2.30 petang bersiaran secara langsung dari Surau Kolej Universiti Insaniah.

Semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat,Insya ALLAH.

Monday, August 17

Iklan Bergerak HPA di TV 9 (TERBARU)

Kepada semua ahli HPA,

Jangan lupa melihat Iklan Bergerak HPA yang terbaru di TV9 pada 19 Ogos 2009 ini diantara Rancangan Mutiara Hati :-Aqso dan Madinah pada jam 5.30 -6.30 petang.Iklan ini akan ditayangkan selama 40 kali sehingga selepas Bulan Ramadhan ini.Insya Allah.

Demam Yang Sudah Menjadi Wabak

"Jangan lupa IMT" dos yang diambil perlu tinggi . Kalau 2 kapsul perlu diambil selang/jarak 2 jam. Habiskan satu botol dalam masa 2 hari dan jika diambil selang/jarak 4 jam perlu 4 kapsul sekali pengambilan. Anak-anak kecil dibuka 1 kapsul digoncang dan cairkan larutan dalam air masak diberi minum dalam keadaan kurangkan pahitnya. beri minum terus hingga sembuh. Kita percaya dengan kaedah kita. Demam ini akan memperkenalkan pengubatan Jawi sebagai satu pilihan. InsyaAllah.

"TN HJ ISMAIL AHMAD"

Majalah ANIS

Majalah Anis bulan ini sekali lagi memuatkan berita HPA iaitu El Zahraa inn. Anis yang dijual mencapai 20,000 naskah sebulan kini menjadi media berita perkembangan HPA. Kita juga berterima kasih kepada pehak pengurusan yang sedia memuatkan berita HPA tanpa sebarang kos. Mudah-mudahan berita HPA akan tersebar luas dipasaran terbuka. InsyaAllah.

"TN HJ ISMAIL AHMAD"

Cawangan MADI dan Kuala Kedah

2 buah cawangan baru di buka kelmarin iaitu cawangan Madi Jejawi perlis dan cawangan Kuala Kedah. Ini bererti ahli-ahli yang berada berhampiran dengan kawasan tersebut boleh mendapatkan produk HPA dengan mudah dan para leader yang berhampiran dijemput bagi mengadakan program untuk menghidupkan cawangan - cawangan tersebut. Target kita semua pekan-pekan kecil akan dibuka . InsyaAllah.

"TN HJ ISMAIL AHMAD"

Cawangan Baru di Zon Selatan

Walaupun ekonomi dunia merudum tetapi peniagaan produk halal menjadi pilihan masakini. Zon Selatan juga merancang pembukaan 10 lagi cawanganya dalam tempoh sebulan dari sekarang iaitu :

1. senawang
2. kuala Pilah
3. Tampin
4. Jasin
5. Air Hitam
6. Larkin
7. Nusajaya
8. Bandar Tenggara
9. Yong Peng
10. Ulu Tiram

Dengan penambahan ini jumlah cawangan di zon selatan akan berjumlah 32 cawangan. InsyaAllah. Tahniah juga kerana zon selatan menunjukan peningkatan jualan hampir sejuta ringgit. Kepada semua Ahli dan leader teruskan perjuangan dan luruskan niat.Amin.

"TN HJ ISMAIL AHMAD"

Cabang Baru di Indonesia

Semangat baru yang ditiupkan sewaktu pertemuan PJS di Acasia Hotel menjadikan Al Wahida International Ind (AWMIT) akan membuka 5 cawangan/cabang baru dalam tempoh sebulan dari sekarang. Cabang- cabang itu terletak di beberapa lokasi padat ahli iaitu:-

1. Medan (cawangan baru)
2. Padang
3. Depok
4. Bekasi timur
5. Semarang.

Sebanyak 6 lokasi baru akan ditentukan segera untuk pembukaan. Indonesia akan mensasarkan dalam tempoh 3 tahun mereka akan berjaya membesarkan peniagaan MLMS ini seperti di Malaysia. Insya Allah.

"TN HJ ISMAIL AHMAD"

Pencapaian Tertinggi - Teruskan Menggempur Pasaran

Alhamdulillah penjualan bulan 7 telah dicatat sebagai rekod pencapaian tertinggi syarikat MLMS HPA. Kita menerima ini dengan penuh rendah diri dan menyedari ini sebagai ujian daripada Allah bagaimanakah kita sewajarnya mensyukuri nikmat ini.

Jualan sudah mencecah 15.5 juta t(ermasuk jualan di Indonesia.). Walaupun kita menghadapi sedikit masalah di Indonesia namun bagitu semua masalah telah dapat diselesaikan dan dijangka penjualan di indonesia akan menjangkau rm3 juta dalam tempoh masa yang terdekat. Jika ini berlaku diikuti dengan peningkatan di Malaysia kemungkinan besar tahun 2009 kita berjaya mencecah 20 juta InsyaAllah.

Terima kasih pada semua yang telah bekerja menghidupkan PBC dan saya sangat terkesan dengan sokongan padu yang diberikan oleh Ahli-ahli semasa KONVEK yang lepas. Semoga cita-cita kita menjadi pengeluar produk halal no 1 di dunia akan berjaya. Amin.

"TN HJ ISMAIL AHMAD"

Cawangan Baru di Zon Tengah

5 lokasi baru untuk cawangan di zon tengah telahpun dikenalpasti iaitu :

1. Putrajaya
2. Kelana Jaya
3.Wangsa Maju
4. Jalan Pudu Raya
5. Hutan Melintang

Cadangan tambahan kios di 2 buah masjid iaitu :

1. Kios masjid Kuang
2. Kios Masjid gugusan Manjoi.

Semoga dengan bertambahnya cawangan - cawangan ini akan memudahkan ahli dan agen stok mendapatkan produk yang bilangannya akan menjadi 500 item InsyaAllah. Kini tugas PJS dan leader menjadikan cawangan sebagai tempat pertemuan mingguan bagi program keilmuan peniagaan bersama.

"TN HJ ISMAIL AHMAD"

Friday, August 7

Program Terkini Pengarah Urusan

PIC Palembang
8 dan 9 Ogos 2009

Program Penghayatan HPA
Pada 17 Ogos 2009
Dewan HPA Cawangan HPA Sg Petani.

Majlis Berbuka Puasa di Surau Andalusia,
Bandar Laguna Merbok
Pada 22 Ogos 2009-Jumaat


-AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA -

PIC Palembang

Salam kepada semua ahli HPA,

Program PIC Palembang akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2009 di Indonesia.Alhamdulillah, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad telah menaiki pesawat ke Palembang pada jam 12 tengah hari tadi di Penang International Airport dengan diiringi Pengarah Urusan 2, Tn Hj Fisal bin Hj Ahmad Tajuddin dan Penasihat Undang - Undang / GM Indonesia, En Abdul Ghany bin Saad.

Semoga niat baik ini akan berjaya sepenuhnya untuk merealisasikan matlamat HPA untuk mengedarkan Produk Halal ke seluruh pelusuk dunia, Insya ALLAH.