Tuesday, February 17

Bersama Dato' Haron Din Al Hafiz di INSANIAH

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dapat bertemu dengan salah seorang ulama yang terkenal di Malaysia iaitu Dato Haron Din Al Hafiz yang hadir pada Program Maal Hijrah di Kolej Universiti INSANIAH pada 8 Januari 2009. Objektif program ini diadakan untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah.

Alhamdulillah, sambutan program ini sangat meriah dengan kehadiran pelajar INSANIAH dan penduduk yang berada di sekitar INSANIAH.Semoga kita mendapat barakah di sisi Allah S.W.T dengan penglibatan program ini.

Monday, February 16

Kuliah Perubatan Jawi Sungai Petani

Alhamdulillah, semakin ramai orang yang hadir ke Kuliah Perubatan Jawi yang diadakan minggu yang ke -4 setiap bulan.Di Sungai Petani, hampir 400 orang yang hadir dan sambutannya semakin hari semakin ramai.Kalau tuan-tuan datang selepas jam 9 malam,tiada tempatlah untuk tuan- tuan duduk di tingkat atas cawangan HPA Sungai Petani.Setiap bulan, Pengarah Urusan akan menerangkan tentang 'product knowledge' yang akan dan baru keluar di pasaran contohnya pada bulan ini , TEH ROSELLE.

HPA SATU PERJUANGAN...

Sunday, February 15

Demontrasi Mahasiswa Islam Malaysia (KLCC)

Berjayakah kita membuat demontrasi sahaja untuk menentang kekejaman Israel?Inilah persoalannya..Pada 9 Januari 2009 bertempat di Perkarangan Masjid As Syakirin telah berlakunnya satu demontrasi kekejaman Israel.Alhamdulillah, seramai 10 000 orang mahasiswa telah datang untuk memberi sokongan terhada perkara ini.Antara agensi yang terlibat adalah Kolej Universiti INSANIAH,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pelbagai lagi.

Kami telah berjalan hampir 10 kilometer dari KLCC ke Kedutaan Mesir dan satu memorandum telah di hantar ke Kedutaan Mesir untuk membantah penutupan pintu sempadan Mesir-Rafah.Persoalannya, adakah pihak Mesir berkomplot juga dalam hal ini?Terserah kepada anda untuk mentafsirnnya...