Wednesday, November 18

Program Padat di Sabah,Sarawak dan Brunei Darussalam

Assalamualaikum,

HPA gempur Sabah dan Sarawak. Tugas ini diberikan kepada En Izham Md Noor selaku Pengurus Zon Borneo untuk membuka dan menambahkan lagi cawangan HPA di Borneo.Berat sekali tugas yang dipikul oleh beliau." Jaga niat,apa- apa pekerjaan yang kita lakukan pastikan dimulakan dengan niat yang betul iaitu berjuang di Jalan ALLAH S.W.T." kata Tuan Haji Ismail bin Ahmad,Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd.

Perjalanan Program :-
12-14/11- Saya,En Izham,Tn Hj Ismail,En Naim dan En Amran menuju ke Airport Penang untuk ke Kuching,Sarawak. Program diteruskan dengan perjumpaan dengan leader HPA dan Program Kuliah Perubatan Jawi di Auditorium Islam Kuching,alhamdulillah ramai ahli memberi sokongan pada program ini.Pengarah Urusan juga melawat cawangan HPA di Kuching.Kami juga sempat ke Santubong melawat Kampung Budaya dimana tempat ini menceritakan adat resam suku kaum di Sarawak ini.Kami sempat ke Masjid Nurir Rahmani untuk menunaikan solat Jumaat,berhadapan masjid tersebut kelihatan muara sungai Santubong yang tenang sahaja.Kelihatan juga Gunung Santubong di belakang Masjid tersebut.

14-16/11- Program diteruskan dengan melawat salah satu daerah di Negeri Sabah iaitu Tawau.Sejurus sampai di Airport Tawau,kami dibawa makan di sebuah Restoran Islam di Pekan Tawau.Lagu irama 60-an didendangkan semasa kami sedang menjamah makanan. Saya memanggil pelayan restoran itu dan memberitahu kami membawa salah seorang ahli kumpulan Raihan (En Amran) dan pelayan itu memberi lampu "hijau" untuk En Amran mendendangkan lagunya yang bertajuk "Sunnah Orang Berjuang"...Allahuakbar...nyanyiannya memang dapat menembusi jiwa seseorang itu.Keesokannya, Program Kuliah Perubatan Jawi di Hotel Marco Polo,Tawau, hampir 200 orang yang hadir di majlis tersebut. Pada sebelah petang,kami ke salah sebuah tempat yang memenangi Anugerah MAHA 2008 iaitu di Balung Eco Resort milik Datuk Harris,bekas Ketua Menteri Sabah.

*MAAF,GAMBAR BELUM SEMPAT DOWNLOAD,SAYA MASIH DI BRUNEI DARUSSALAM.*

Tuesday, November 3

Kumpulan Nasyid RAIHAN- HPA

Alhamdulillah,

Mesyuarat petang tadi bersama Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd dengan Kumpulan Nasyid Raihan memutuskan bahawa program pertama Kumpulan Nasyid Raihan- HPA akan diadakan di Hotel De Palma di Ampang pada 8 November 2009 ini.

Berdoalah agar perjuangan ini diteruskan sampai hari kiamat, Insya Allah.

Sunday, October 25

4000 Ahli HPA Hadir di RFC Kluang,Johor.

Alhamdulillah,ramai ahli HPA yang hadir di Majlis Perasmian Radix Fried Chicken (RFC) Kluang, Johor.Perasmian RFC yang ke- 4 ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd,Tuan Haji Ismail bin Ahmad pada jam 10.30 pagi.

Tahniah kepada Ustaz Adnan Fadzil dan team Pengurusan Zon Selatan yang ketuai oleh Puan Zaimah Ismail yang bertungkus lumus menyiapkan RFC ini.Nantikan Perasmian RFC Melaka yang dijangkakan pada bulan Disember ini,Insya Allah.

Dan terima kasih kepada PJS dan ahli HPA yang hadir di Majlis Perasmian pada pagi semalam.Ayuh,marilah sama- sama berjuang di jalan Allah ini..! ..








Sunday, October 11

KPJ di Terengganu

Salam kepada semua ahli di Terengganu,

Kuliah Perubatan JAWI (KPJ) akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd pada 12 Oktober 2009 ini di Hotel Grand Continental,Kuala Terengganu.

Marilah sama-sama kita ke program ini,Insya ALLAH.

Friday, October 9

Perasmian HPA Collection dan KPJ Alor Setar.

Marilah sama- sama kita ke Majlis Perasmian HPA Collection pada malam esok iaitu (10 Oktober 2009 ).Program ini akan berlangsung sejurus sahaja selesai Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd, Tn Hj Ismail bin Ahmad.

Cawangan HPA Collection yang ke-2 ini bertempat di Shahab Perdana iaitu bersebelahan Cawangan HPA Shahab Perdana.

Hayatilah dan Beramallah dengan Al Quran...

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58):
“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

Monday, September 28

Perasmian RCH dan RFC Serentak Pada 24 Oktober 2009

Jangan lupa menghadiri satu lagi perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) dan Restoran Radix Chicken House (RCH) tetapi yang special nya kedua- dua lokasi ini terletak di selatan tanah air kita iaitu di Kluang,Johor.

Tahniah diucapkan kepada kepada orang Johor..Ayuh !! ..Gempur..

Friday, September 25

Lawatan Pengarah Urusan ke RFC Kluang,Johor

Alhamdulillah,pada jam 6.30 petang tadi,Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD, Tn Hj Ismail Ahmad sempat meninjau Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Di Kluang,Johor.Hampir 90 % hampir siap sepenuhnya Restoran ini.

Restoran RFC ini dijangka dirasmikan pada 26 September ini ditunda pada bulan Oktober ini atas sebab Sambutan Idul Fitri 1430 Hijrah dan Bulan Ramadhan yang baru melabuhkan tirainya baru- baru ini.Semoga kita dapat menghayati Bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Insya ALLAH.

Jadual Rumah Terbuka Pengarah Urusan

Hari Raya Pertama -1 Syawal 1430 Hijrah.
Mata Ayer,Perlis.

Hari Raya kedua - 2 Syawal 1430 Hijrah.
Sungai Petani,Kedah.

Hari Raya Keenam - 7 Syawal 1430 Hijrah.
Kluang,Johor.

Salam Idul Fitri 1430 Hijrah..

Saya wakil staf dari Pejabat Pengarah Urusan (PPU) mengucapkan salam lebaran kepada yang mengenali kami atau tidak.Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli yang menghantar kad raya,emel,sms dan sebagainya kepada kami.

Jadikan Bulan Ramadhan yang kita tempuhi selama 29 hari ini sebagai bulan untuk kita membentuk peribadi yang unggul dan cemerlang dalam Islam dan pada bulan- bulan yang lain. Insya ALLAH.

Friday, August 28

Ramadhan Al Mubarak

Kepada Semua Ahli HPA,

Hayati bulan Ramadhan pada tahun ini dengan banyak membuat amalan membaca AL QURAN, amal kebajikan,berzikir kepada ALLAH, berselawat kepada RASULULLAH kerana diawalnya Rahmah,pertengahannya Maghrifah dan akhirnya Perlepasan Dari Neraka.

Insya ALLAH.

Himpunan Hadis -1

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Syafaat rasulullah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”

Riwayat Abu Daud


Huraian
1. Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.
2. Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
3. Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.
4. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

Pengarah Urusan di Mekah

Tn Hj Ismail bin Ahmad sekarang berada di Mekah menunaikan umrah di bulan Ramadhan.Insya Allah, beliau akan pulang ke Malaysia pada 31 Ogos 2009 ini.

Kuliah Ramadhan Kedah FM

Kepada semua ahli HPA,

Jangan lupa mengikuti Kuliah Ramadhan Kedah FM di frekuensi 97.5 dengan kerjasama HPA INDUSTRIES SDN BHD, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Kolej Universiti Insaniah.Kuliah ini akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan pada hari Ahad hinggga Khamis jam 1.45 hingga 2.30 petang bersiaran secara langsung dari Surau Kolej Universiti Insaniah.

Semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat,Insya ALLAH.

Monday, August 17

Iklan Bergerak HPA di TV 9 (TERBARU)

Kepada semua ahli HPA,

Jangan lupa melihat Iklan Bergerak HPA yang terbaru di TV9 pada 19 Ogos 2009 ini diantara Rancangan Mutiara Hati :-Aqso dan Madinah pada jam 5.30 -6.30 petang.Iklan ini akan ditayangkan selama 40 kali sehingga selepas Bulan Ramadhan ini.Insya Allah.