Tuesday, February 17

Bersama Dato' Haron Din Al Hafiz di INSANIAH

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dapat bertemu dengan salah seorang ulama yang terkenal di Malaysia iaitu Dato Haron Din Al Hafiz yang hadir pada Program Maal Hijrah di Kolej Universiti INSANIAH pada 8 Januari 2009. Objektif program ini diadakan untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah.

Alhamdulillah, sambutan program ini sangat meriah dengan kehadiran pelajar INSANIAH dan penduduk yang berada di sekitar INSANIAH.Semoga kita mendapat barakah di sisi Allah S.W.T dengan penglibatan program ini.

No comments: