Sunday, May 17

Peningkatan Bilangan Peserta KPJ Melaka

Alhamdulillah, pada 13 Mei 2009 yang lalu,telah diadakan Kuliah Perubatan JAWI di negeri Melaka.Kuliah ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries SDN BHD, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

Pada bulan ini,peningkatan bilangan peserta KPJ bertambah berbanding pada bulan yang sebelumnya.Program ini diadakan di Dewan Putra Ballroom, Hotel MITC Melaka yang memuatkan 400 peserta.Tetapi,sehingga jam 9.30 malam,ada lagi peserta yang berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.

Dewan mencecah hampir 550 orang pada jam 10.00 malam.Program tamat jam 11 30 malam dan Insya ALLAH, HPA akan membuka Radix Fried Chicken (RFC) di Mydin MALL dalam masa terdekat pada tahun ini juga.

No comments: