Wednesday, July 1

RFC di Bandar Laguna Merbok Telah Beroperasi

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana satu lagi outlet RFC telah siap dan dibuka pada 29 Jun 2009.Majlis bacaan mathurat dan solat dhuha telah dihadiri oleh Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD, Tn Hj Ismail bin Ahmad.Hadir juga Pengurus Radix Fried Chicken iaitu Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil dan semua kakitangan anak- anak syarikat HPA.

Dalam ucapan Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD, beliau mengingatkan staf supaya menjaga akhlak dengan baik, mementingkan kebersihan, dan memberikan layanan yang baik dan senyuman yang manis kepada pelanggan yang hadir.

Kelebihan RFC di Bandar Laguna Merbok adalah menyediakan perkhidmatan "pandu lalu" untuk mengambil makanan dengan segera tanpa beratur di dalam restoran.

Tuan/Puan di jemput datang ke RFC tersebut.

No comments: