Tuesday, February 17

Bersama Dato' Haron Din Al Hafiz di INSANIAH

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dapat bertemu dengan salah seorang ulama yang terkenal di Malaysia iaitu Dato Haron Din Al Hafiz yang hadir pada Program Maal Hijrah di Kolej Universiti INSANIAH pada 8 Januari 2009. Objektif program ini diadakan untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah.

Alhamdulillah, sambutan program ini sangat meriah dengan kehadiran pelajar INSANIAH dan penduduk yang berada di sekitar INSANIAH.Semoga kita mendapat barakah di sisi Allah S.W.T dengan penglibatan program ini.

Monday, February 16

Kuliah Perubatan Jawi Sungai Petani

Alhamdulillah, semakin ramai orang yang hadir ke Kuliah Perubatan Jawi yang diadakan minggu yang ke -4 setiap bulan.Di Sungai Petani, hampir 400 orang yang hadir dan sambutannya semakin hari semakin ramai.Kalau tuan-tuan datang selepas jam 9 malam,tiada tempatlah untuk tuan- tuan duduk di tingkat atas cawangan HPA Sungai Petani.Setiap bulan, Pengarah Urusan akan menerangkan tentang 'product knowledge' yang akan dan baru keluar di pasaran contohnya pada bulan ini , TEH ROSELLE.

HPA SATU PERJUANGAN...

Sunday, February 15

Demontrasi Mahasiswa Islam Malaysia (KLCC)

Berjayakah kita membuat demontrasi sahaja untuk menentang kekejaman Israel?Inilah persoalannya..Pada 9 Januari 2009 bertempat di Perkarangan Masjid As Syakirin telah berlakunnya satu demontrasi kekejaman Israel.Alhamdulillah, seramai 10 000 orang mahasiswa telah datang untuk memberi sokongan terhada perkara ini.Antara agensi yang terlibat adalah Kolej Universiti INSANIAH,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pelbagai lagi.

Kami telah berjalan hampir 10 kilometer dari KLCC ke Kedutaan Mesir dan satu memorandum telah di hantar ke Kedutaan Mesir untuk membantah penutupan pintu sempadan Mesir-Rafah.Persoalannya, adakah pihak Mesir berkomplot juga dalam hal ini?Terserah kepada anda untuk mentafsirnnya...

Tuesday, June 10

Dari KUIS ke KUIN...

Sedih rasanya ingin meninggalkan kolej pertama saya selepas kuis ini, di situ saya mendapat ramai kenalan baru yang datangnya dari pelbagai pelusuk negeri, antaranya- negeri 9, perak, terengganu, selangor, kelantan dan byk lagi-muhsin, zarin, fudhail, khairul anuar, mukhlis, faiz, muaz, armain, hafiz, amir, ayiee, farid, wan, aziz, akram, hairul, boyz, lokman, dan ramai lg yang saya tidak sempat tulis di dalam blog ini- itu semua kawan karibku.

Saya mendapat rezeki ke Kolej Universiti INSANIAH- dalam bidang yang saya gemari iatu business management, saya bersyukur kepada Allah S.A.W kerana memberi saya peluang ini..alhamdulillah.

Apapun dimana kita belajar pun jika kita berusaha kita akan dapat dan dimana ada kemahuan disitu ada jalan........insyaallah.

Tuesday, June 3

Alhamdulillah.........

Bersyukur kepada Allah s.a.w kerana telah selesai majlis perasmian Radix Fried Chicken pada 2 Jun 2008 yang lalu.Ia dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA iaitu Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad- para hadirin telah datang seawal jam 7.00 pagi untuk memberi sokongan untuk menjayakan program ini. Insyallah- 20 cawangan RFC akan dibuka di seluruh Malaysia sehingga tahun 2010.Marilah bersama-sama kita memertabatkan agama kita ke jalan Allah S.W.T..

Saturday, May 31

Bersyukur Kepada Illahi


Alhamdulillah ,bersyukur pada Allah S.W.T kerana selama 5 bulan menghempas pulas untuk menyiapkan restoran pertama milik bumiputra yang dimiliki oleh syarikat melayu muslim iaitu Herba Penawar Al Wahida (HPA) yang diasaskan oleh Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Ahmad dan restoran ini dinamakan Radix Fried Chicken.Restoran ini akan dirasmikan pada 1 jun 2008 ini pada pukul 10.00 pagi , insyallah.