Saturday, March 27

Lima Kunci Rahsia.

Hadith :

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:” Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)

Thursday, March 25

Jihad Perjuangan Paling Utama

Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:-

“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Tuesday, March 23

Soalan Di Dalam Kubur

Hadith :
Dari Asma’ r.a katanya:”Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ‘Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,”Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?” Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, “Ayat? (tanda kebesaran Allah?)” Jawab ‘Aisyah, “Ya! Tanda kebesaran Allah!” Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku. Kata ‘Asma selanjutnya,”Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain:”Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,:”Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?”Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,:”Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi.” Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,:”Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak.” Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,:”Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.”

(Muslim)

Friday, February 26

Tentatif Program Kenali Herba

Pada 27 Februari 2010 ( Sabtu)
Jam 7 pagi

bersama

PENGARAH URUSAN HPA
TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD

0630am -Pendaftaran peserta
-Ketibaan Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad serta rombongan

0700am -Bacaan doa oleh Ustaz Bakhtiar
-Program Kenali Herba bersama Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad

1000am -Minum pagi

1030am -Sambung Program

1200pm -Sesi soal jawab bersama peserta (20 minit)

1220pm -Penyampaian cenderahati oleh Pengurus Zon Borneo En. Izham Bin Haji Mohd Noor kepada
Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.

1225pm -Program tamat

Sunday, February 21

Ingat Dunia,Lupa Akhirat !-Anak Luar Nikah..ramai..!

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Program Terkini Pengarah Urusan

KPJ Alor Setar -(Sudah Selesai)
Cawangan Shahab Perdana
19 Februari 2010
Jam 9 malam.

KPJ Kuala Lumpur
Hotel De Palma Ampang
22 Februari 2010
Jam 9 malam.

Perasmian Cawangan HPA Merbok
24 Februari 2010
(Berhampiran UITM Merbok dan MRSM Merbok)
9 pagi.

KPJ Sabah
26 Februari 2010
(Tempat diberitahu kemudian)

KPJ Sarawak
27 Februari 2010
(Tempat diberitahu kemudian)

Sunday, February 14

Ingat !- 7 golongan mendapat perlindungan ALLAH.

Rasulullah S.A.W telah bersabda :-'Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan ALLAH pada hari Kiamat yakni hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungannya :-

1.Pemimpin yang adil

2.Pemuda yang masa mudanya digunakan untuk beribadat kepada ALLAH

3.Orang yang hatinya selalu terikat di masjid

4.Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, bertemu dan berpisah kerana-Nya.

5.Lelaki yang diajak membuat maksiat oleh wanita bangsawanlagi cantik,tetapi dia tolak dan berkata "Saya takut kepada ALLAH".

6.Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

7.Orang yang selalu berzikir pada waktu menyendiri sampai mencucuri air mata".

(HR. Bukhari dan Muslim).

Menjadi Pejuang Di Jalan Allah-JIHAD

'Jihad' adalah daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa Al Quran dan menjadi bahasa Nabi Muhammad S.A.W. Dari segi bahasa :-Masyaqqah iaitu kesukaran. Dari segi Syarak :-mengerahkan segala usaha dan tenaga bagi menghadapi orang yang menentang agama ALLAH (kuffar), dan dimasukkan juga menentang hawa nafsu, syaitan juga kaum yang fasik.

Berjihad paling afdhal ialah menasihati kerajaan yang zalim kerana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :-'Jihad paling afdhal ialah mengatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim'

Friday, January 8

Batasan Aurat Lelaki dan Wanita.

Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan remaja. Firasatku mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam.

Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.

Apa itu aurat?

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(al-A`raaf 7:31)

Rasulullah saw bersabda:

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”

(Hadith Riwayat Aththahawi)

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”

(Hadith Riwayat Bukhari)

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak

Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B.Aurat dengan ahli keluarga

1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut

2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)

1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.

2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika menutup aurat

1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.

Hukum melihat aurat

Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Kesimpulan,

Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.

-sedikit sumber maklumat di perolehi dari jawapan panel kemusykilan agama, JAKIM yang menceritakan perihal aurat berdasarkan pandangan mazhab Syafie.


Saturday, January 2

Tanda-tanda yang terdapat pada orang yang sodiq (benar)

1. Apabila ia melihat ia akan mengambil iktibar

2. Apabila ia berdiam ia akan berfikir

3. Apabila ia bercakap ia akan berzikir

4. Apabila ia terhalang ia akan sabar

5. Apabila diberi ia akan bersyukur

6. Apabila diuji ia mengucap tarji' إن لله و إنا إليه راجعون

7. Apabila dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ia berlemah lembut

8. Apabila ada ilmu ia merendah diri

9. Penyayang apabila mengajarkan ilmu

10. Dan apabila ditanya ia berusaha untuk menjawab

Friday, December 25

Alahai ..:- Kita Lupa Lagi.....!!!!


Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa....

1.. Song
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap...tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela.... Ada anak-anak yang tak hafal Surah Al Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir...... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2..Sex
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.... di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah... kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3. Smoke
Rokok..menjadi kegilaan para remaja.... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok.... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee ).

4.Sport
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga..... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang..... yang menonton pun tak sembahyang juga ......... Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....... Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan ...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5.Fun
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert..... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi.

6.Female
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan.. terutama dalam iklan...yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan..... Kalau kita ke kedai bateri kereta..... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi..... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya.... Yahudi bersorak lagi.

7.Fashion
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan...... Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu.... Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah.... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi..... Umat islam sudah jadi macam Yahudi.

8.Food-Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky Fried Chicken, Pizza hut....dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina..... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan sahaja... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ...rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah..... Yahudi makan Islam lagi.... Itu baru protokol yang ke 10...... yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH.............. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah....
...

Thursday, December 24

Perasmian RFC Mydin Mall,Melaka.

Alhamdulillah,pada jam 10 pagi, RFC Mydin Mall Melaka telah pun dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd,Tn Hj Ismail Ahmad.

GAMBAR AKAN DI UPLOAD.

Persahabatan..Kawan Menjadi Lawan..

Apabila kita memilih kawan,haruslah kita mengenal siapakah kawan itu. Ini kerana,kawan yang kita paling rapat hari ini dapat menjadi lawan kita suatu hari nanti.Mengapa jadi begini ?
Adakah salah diri kita atau salah kawan kita..Ingatlah pesan Luqman Al Hakim kepada anaknya," Apabila anda berteman jadikan diri anda yang tidak pernah berharap sesuatu daripadanya biarpun dia berharap sesuatu daripada anda" dan Jika anda ingin mencari teman sejati maka ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya, bila masa dalam kemarahan itu dia beruasaha untuk menginsafkan anda, maka bolehlah anda ambil dia sebagai KAWAN. Jika tidak, berhati-hatilah anda terhadapnya.

Inilah kawan yang dimaksudkan itu, ada kawan yang dapat mengubah tingkahlaku kita menjadi lebih baik.Lebih elok lagi, haruslah mengenal lebih mendalam ibu bapanya siapa?.

SAMBUNGAN...

Monday, December 21

Mengapa Bersikap Munafik ?..

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.

Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .

(Empat sifat itu ialah)
1.apabila dipercayai ia khianat,
2.apabila bercakap ia berdusta,
3.apabila berjanji ia mungkir,
4.apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )

Riwayat Ahmad

Wahai sahabatku,hayati dan Ingat Pesan Luqman Al Hakim !!!

1. Jangan terlalu mudah tertawa jika bukan perkara mengelikan, jangan berjalan tanpa arah tujuan, jangan menanyakan sesuatu yang tiada ada gunanya bagi diri anda, jangan anda mensia-siakan harta dunia.

2. Jangan anda cenderung kepada dunia semata-mata kerana anda diciptakan oleh Allah bukan untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina daripada insan yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

3. Apabila anda berteman jadikan diri anda yang tidak pernah berharap sesuatu daripadanya biarpun dia berharap sesuatu daripada anda.

4. Jika anda ingin mencari teman sejati maka ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya, bila masa dalam kemarahan itu dia beruasaha untuk menginsafkan anda, maka bolehlah anda ambil dia sebagai KAWAN. Jika tidak, berhati-hatilah anda terhadapnya.

5. Makanlah bersama-sama orang yang bertakwa dan musyawarahlah segala urusan anda dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat darinya.

6. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalnya lebih mudah dari memberi pengertian kepada orang ynag tidak mehu mengerti.

7. Jika anda mengangkat batu atau besi yang berat tentu tidak terasa begitu teruk tetapi tidaklah seteruk dan seberat kerana mempunyai JIRAN yang jahat.

8 Takutilah Allah dengan benar-benar takut tentu anda akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.

9. Jauhilah diri anda dari hutang kerana berhutang itu akan menjadikan diri anda hina siang dan malam.

10. Seandainya ibu bapa anda marah, itu ibarat air yang menyiram taman yang kering kontang.

11. Orang yang berasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah serta sentiasa taat kepada Allah maka orang itulah sebenarnya sentiasa tawaduk kepada Allah. Dia akan lebih dekat dengan Allah dan sentiasa menghindarkan diri dari mendekati maksiat.

12. Orang yang menyediakan dirinya untuk menerima NASIHAT maka dirinya akan mendapat penjagaan Allah, orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain dia akan sentiasa mendapat kemuliaan Allah.

13. Wahai anakku bergaullah dengan PARA ULAMA', rapatilah kedua mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmah sebagaimana dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.

14. Wahai anak-anakku apabila penuh perutmu, maka tidurlah fikiranmu, bisulah kebijaksanaanmu, kaku dan malaslah anggotamu dari beramal ibadat.