Saturday, June 13

Pegangan Al Quran dan As Sunnah

Kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.Kita patut bersyukur kerana telah dilahirkan dengan pegangan agama yang telah jelas digambarkan dalam Al Quran iaitu Islam.

Hidup ini akan berada di atas jalan yang lurus apabila kita memegang satu pegangan yang tidak akan di pisahkan dengan panduan hidup kita iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Hidup akan berjaya didunia dan diakhirat jika kita mengamalkan setiap hari dengan hati yang ikhlas. Selain itu,.janganlah kita lupa mengikut ciri- ciri keperibadian Rasulullah S.A.W.

Kesimpulannya,tanamkan sifat cintakan Al Quran, As Sunnah dan Rasulullah S.A.W.nescaya kita tidak akan rugi hidup di dunia ini dan kita dapat melahirkan manusia yang cerdik pandai dalam agama Allah ini,Insya Allah.

Friday, June 12

Mengumpat dan Memfitnah Membawa Kemurkaan Allah

# Maksud :
Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

#- Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi
= ingin melihat orang lain menderita
= takut persaingan hidup
= tidak mahu mengakui kelebihan orang lain

#- Akibat dari perbuatan fitnah :
= berlaku permusuhan dan huru hara
= masyarakat islam akan sentiasa mundur
= putus silaturrahim dan menghalang perpaduan

#- Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah :
= Redha dengan ketentuan Allah
= Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim
= Sentiasa melakukan muhasabah dirimeningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh.

Thursday, June 11

Perasmian RFC di Bandar Laguna Merbok


Alhamdulillah,RFC di Bandar Laguna Merbok hampir siap 100 % dan Hotel El Zahraa Inn juga hampir siap 100 % sepenuhnya.Pada waktu malam semalam,mereka telah membuka lampu signboard yang tertera perkataan Radix Fried Chicken,"Fresh-Halal-Organic" yang terletak di atas bumbung Pasar Moden tersebut.Subhanallah,cantik sungguh suasana permandangan RFC tersebut.

Ramai orang tertanya -tanya,"bila nak buka?"Itulah persoalannya sekarang, kepada ahli- ahli HPA dan penduduk di Bandar Laguna Merbok, bersabarlah untuk menyaksikan perasmian pembukaan RFC tersebut.Hanya beberapa hari sahaja lagi yang tinggal.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar HPA akan menguasai ekonomi ummah di dunia.

Wednesday, June 3

Program Terkini Pengarah Urusan

1-KPJ Kluang-(SUDAH SELESAI)
2 Jun 2009-Dewan Nurudden Fahmy

2-Perasmian Gudang HPA Zon Selatan-(SUDAH SELESAI)
3 Jun 2009-Jalan Mersing

3-KPJ Kuantan -(SUDAH SELESAI)
7 Jun 2009

4-KPJ Langkawi -(SUDAH SELESAI)
11 Jun 2009

5-KPJ Kota Bharu-Kelantan -(SUDAH SELESAI)
15 Jun 2009

6-KPJ Terengganu -(SUDAH SELESAI)
16 Jun 2009

7-PIC Makassar
20-21 Jun 2009


#PROGRAM AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA

Friday, May 29

PIC Di Jakarta, Indonesia


Alhamdulillah, pada 21 dan 22 Mei 2009 yang lalu,telah diadakan Program di Taman Mini Desa Wisata ,Jakarta Indonesia. Kami bertolak dari Penang International Airport pada jam 9 30 malam waktu Malaysia dan kami sampai pada jam 10 30 malam di Seokarno Airport .Kami disambut dengan staf-staf HPA antarannya En Radzi, En Fisal,Pak Yuliadi dan team dari Indonesia.

Kami terus bergegas ke Acasia Hotel.Pada keesokannya, kami bergerak ke tempat program.Allahuakbar.......!!!!.......Itulah laungan 800 orang peserta apabila Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD,Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad masuk ke dalam dewan program.

Pada hari kedua, Majlis Perasmian Produk Spirumadu Kids diadakan dengan jayanya.Semoga HPA akan berkembang di Negara Indonesia,amin.

Sunday, May 17

Peningkatan Bilangan Peserta KPJ Melaka

Alhamdulillah, pada 13 Mei 2009 yang lalu,telah diadakan Kuliah Perubatan JAWI di negeri Melaka.Kuliah ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries SDN BHD, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

Pada bulan ini,peningkatan bilangan peserta KPJ bertambah berbanding pada bulan yang sebelumnya.Program ini diadakan di Dewan Putra Ballroom, Hotel MITC Melaka yang memuatkan 400 peserta.Tetapi,sehingga jam 9.30 malam,ada lagi peserta yang berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.

Dewan mencecah hampir 550 orang pada jam 10.00 malam.Program tamat jam 11 30 malam dan Insya ALLAH, HPA akan membuka Radix Fried Chicken (RFC) di Mydin MALL dalam masa terdekat pada tahun ini juga.

Monday, May 4

Program Terkini Pengarah Urusan HPA

1-Ceramah Usahawan Wanita -(SUDAH SELESAI)
-Cabaran Dalam Perniagaan
Pada :- 5 Mei 2009
Tempat:- SP INN

2-Perasmian Cawangan ARAU-(SUDAH SELESAI)
Pada 9 Mei 2009
Tempat :-Jalan Guar Sanji (Berhadapan Bangunan Pejabat LPP)

3.Sijil Herbalis HPA -(SUDAH BERMULA)
Pada 11-31 Mei 2009

4-KPJ MELAKA -(SUDAH SELESAI)
Pada 13 Mei 2009
Tempat :-Hotel MITC MELAKA

5.Perasmian KIOSK HPA -(SUDAH BEROPERASI)
Pada 14 Mei 2009
Tempat :-Masjid Kawasan Ulu Selangor

6.KPJ Sg Petani-(SUDAH SELESAI)
Pada 25 Mei 2009
Tempat:-Cawangan Sg Petani
Jam :-9 malam

7.Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC)-(SUDAH SELESAI)
Pada 21 dan 22 Mei 2009
Tempat :-Jakarta,Indonesia.

#PROGRAM AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA

Wednesday, April 15

Tuesday, April 14

Kuliah Perubatan JAWI di INTIM,IPOH.



Saya, En Suhairi, En Hashim dan Tn Hj Ismail bertolak dari Sungai Petani jam 4.20 petang.Kami singgah sebentar di Perhentian Tol Sg Dua untuk solat asar.Selepas itu, kami terus bertolak ke IPOH, destinasi yang hendak dituju.Kami singgah di Cawangan HPA IPOH jam 7.15 malam untuk menunaikan solat maghrib.

Kami tiba di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM),Ipoh, Perak pada jam 9.20 malam diiringi hujan renyai.Sebelum itu, En Jafri Abu Bakar telah membuka tirai program ini dengan membakar semangat ahli HPA yang hadir.

Lebih 200 orang yang hadir di program ini.

Program ini tamat pada jam 11.20 malam dan kami terus pulang ke Sungai Petani.

Monday, April 13

Makan Malam Bersama Tn Gr Ustaz Haji Abdul Hadi Awang di RFC



Selepas sahaja habis kuliah maghrib yang di berikan oleh Tn Gr di Surau Andalusia, Bandar Laguna Merbok, kami bergegas ke Homestay HPA yang terletak disitu juga dan Tn Gr berehat seketika disitu selama setengah jam.

Dalam masa yang sama, Pengarah Urusan HPA Industries ke Radix Fried Chicken (RFC) untuk menyambut ketibaan Tn Gr. Tn Gr sampai di RFC pada jam 10.10 malam.

Selepas itu, Tn Gr ke tempat ceramah di Taman Ria Jaya dan terus ke Bukit Gantang.

Program Terkini Pengarah Urusan

15 April 2009 -Kuliah Perubatan JAWI di Kelantan
-New Pacific Hotel

16 April 2009-Kuliah Perubatan JAWI di Terengganu
-Kuala Ibai, Kuala Terengganu

20 April 2009-Groom Big: Gedung Auditorium BPPT Jalan Tamrin, Jakarta Pusat,Indonesia

Makan Tengahari Bersama Dato Seri Ustaz Azizan Razak-MB Kedah di ROC


Alhamdulillah,pada 5 April 2009, HPA Industries telah menerima beberapa orang tetamu jemputan makan tengahari di Radix Oriental Cuisine (ROC).
Pada awalnya, tetamu yang hadir adalah Tn Gr Ustaz Hj Abdul Hadi Awang dan isteri,YB Mahfuz Omar,Ustaz Fakhruzzaman dan Ustaz Md Nor Zakaria. Tn Gr tidak sempat berjumpa dengan YB MB Kedah kerana selepas Tn Gr makan, terus ke Muassasah Darul Ulum untuk berjumpa dengan anaknya.
Selepas itu, diiringi oleh Pengarah Urusan HPA Industries dan YB MB Kedah hadir ke ROC.Alhamdulillah,majlis ini tamat jam 3 petang.

Tuesday, February 17

Bersama Dato' Haron Din Al Hafiz di INSANIAH

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dapat bertemu dengan salah seorang ulama yang terkenal di Malaysia iaitu Dato Haron Din Al Hafiz yang hadir pada Program Maal Hijrah di Kolej Universiti INSANIAH pada 8 Januari 2009. Objektif program ini diadakan untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah.

Alhamdulillah, sambutan program ini sangat meriah dengan kehadiran pelajar INSANIAH dan penduduk yang berada di sekitar INSANIAH.Semoga kita mendapat barakah di sisi Allah S.W.T dengan penglibatan program ini.

Monday, February 16

Kuliah Perubatan Jawi Sungai Petani

Alhamdulillah, semakin ramai orang yang hadir ke Kuliah Perubatan Jawi yang diadakan minggu yang ke -4 setiap bulan.Di Sungai Petani, hampir 400 orang yang hadir dan sambutannya semakin hari semakin ramai.Kalau tuan-tuan datang selepas jam 9 malam,tiada tempatlah untuk tuan- tuan duduk di tingkat atas cawangan HPA Sungai Petani.Setiap bulan, Pengarah Urusan akan menerangkan tentang 'product knowledge' yang akan dan baru keluar di pasaran contohnya pada bulan ini , TEH ROSELLE.

HPA SATU PERJUANGAN...

Sunday, February 15

Demontrasi Mahasiswa Islam Malaysia (KLCC)

Berjayakah kita membuat demontrasi sahaja untuk menentang kekejaman Israel?Inilah persoalannya..Pada 9 Januari 2009 bertempat di Perkarangan Masjid As Syakirin telah berlakunnya satu demontrasi kekejaman Israel.Alhamdulillah, seramai 10 000 orang mahasiswa telah datang untuk memberi sokongan terhada perkara ini.Antara agensi yang terlibat adalah Kolej Universiti INSANIAH,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan pelbagai lagi.

Kami telah berjalan hampir 10 kilometer dari KLCC ke Kedutaan Mesir dan satu memorandum telah di hantar ke Kedutaan Mesir untuk membantah penutupan pintu sempadan Mesir-Rafah.Persoalannya, adakah pihak Mesir berkomplot juga dalam hal ini?Terserah kepada anda untuk mentafsirnnya...